Ombak

Setiap kali aku ke pantai, 
aku akan berkaki ayam dan 
membiarkan kaki aku menyentuh pasir. 
Berjalan di bibir laut, 
sambil menunggu ombak menyapa.
Aku biarkan ombak menyentuh kakiku perlahan, 
dengan iringan angin yang turut menyapa, 
seolah-olah memberitahu akan kehadirannya.
Suara deru ombak yang amat tenang menghilangkan seluruh rasa beban ketika itu.

Aku melihat deru ombak yang mengalir perlahan-lahan, 
menarik pasir-pasir halus kembali ke laut.
Saat itu, aku terdetik.
"Kalaulah aku boleh bercakap dengan ombak,
Akanku berbisik padanya":
"Ombak, boleh tak kau hanyutkan seluruh rasa penat aku ini?
Bawa ia jauh daripadaku."

Alangkah bagusnya, kan?
Tetapi itu hanyalah sekadar detik di hati,
tatkala jiwa sudah terlalu letih.
Letih dengan dunia.

Namun, aku sedar.
Ombak pun tidak mampu untuk membawa seluruh beban kita.
Kerana hakikatnya, 
selagi kau hidup, 
rasa penat itu takkan pernah hilang,
kerana itu adalah ujian.

Jadi, aku pilih untuk lepaskan beban itu perlahan-lahan,
Penat? berhentilah seketika.
Menyatulah dengan alam, 
dan tiba saatnya untuk kembali mengadu kepada Tuhan. 




Popular Posts