Berbeza

Pelik, 
bila kita terlihat berbeza di mata setiap orang.
Ada yang kata aku pendiam, 
ada yang kata aku peramah,
ada juga yang kata aku penghibur, 
dan ada yang melihat aku sebagai seorang yang pemarah.

Ya, 
layanan aku terhadap setiap orang itu berbeza, 
Aku akui.
Aku terlihat berbeza di mata mereka,
mungkin kerana sikap mereka juga berbeza.
Aku hanya melihat cara mereka.

Pernah tak dengar:
"Menunduk kepala menghadap raja,
bertentang muka menghadap kawan,
bercekak pinggang menghadap musuh." 

Itulah caraku.
Apa yang aku tahu, 
aku adalah aku.

Biarkan saja pada yang mahu mengata, 
hiraukan.
Kita juga tak lepas daripada sikap itu.
Jadi, 
jangan mudah melatah.

Ingat juga satu perkara,
Kalau kita bebas bersuara, 
kenapa yang lain tidak?

Tanpa sedar, 
kita juga kadang-kadang tidak jujur pada diri sendiri.
Kita fikir kita terlalu baik pada semua orang, 
walaupun hakikatnya tidak.

Kita ini manusia,
memang tak akan lari dari semua itu.
Lidah yang laju mengata, 
suara yang lantang menegur; 
itulah senjata yang paling tajam,
yang boleh membunuh hati dalam diam.

Bersederhanalah, 
takut lama-lama tinggal dendam.




Popular Posts