Berubah

Pernah tak berada dalam situasi, 
bila kita berjumpa dengan kawan-kawan lama, pasti ada yang kata,
"Awak dah banyak berubah."

Entah berubah dari segi apa di mata mereka.
Sesekali, teringin nak jawab,
"Bukan aku yang banyak berubah, 
tapi banyak benda yang mengubah aku."

Apa yang berada di sekelilinglah yang banyak membentuk diri kita yang sekarang.
Tak boleh lagi menjadi seseorang yang sempurna di mata manusia.
Ramai yang nampak kita sombong, 
kurang bergaul.
Tapi hakikatnya, 
hati kita dah serik — takut untuk berlebihan, 
takut memberi harapan pada diri sendiri mahupun sesiapa pun.
Jadi, 
lebih baik memilih untuk sendiri.

Kadang-kadang, 
keadaan sekeliling banyak membuka mata.
Apa yang boleh kita lihat,
kita boleh hadir bila mereka perlukan, 
tapi tidak semestinya mereka hadir saat kita memerlukan.
Itulah yang sering terjadi.

Bukan kerana hati tidak ikhlas atau meminta balasan,
cuma itulah perasaan yang sentiasa terbit dalam hati:
susah untuk dielakkan.
Perasaan yang muncul apabila kita rasa kita hanya penting saat diperlukan, 
dan sering dipergunakan.

Kadang-kadang, 
kita selalu berlembut dengan seseorang yang kita sayang.
Kita rela berikan bahu untuk disandar, 
walaupun akhirnya ia dijadikan tempat untuk dipijak.

Ingat satu perkara:
jangan terlalu sayang pada sesuatu yang bersifat sementara.
Bersederhanalah.
Jangan hanya mengejar kepuasan manusia.




Popular Posts