Masa Kecil
Ingat lagi dulu.
Si kecil aku yang riang ria bermain di taman,
sampai lupa akan senja.
Masa berkawan yang aku anggap penting
dan tak pernah jemu walaupun sehari.
Tidak kira baju penuh lumpur .
Yang difikirkan waktu itu adalah masa bermain bersama kawan
yang tak boleh aku lepaskan walau sekali.
Indah sungguh waktu itu.
Teringin kembali ke masa yang tak perlu kita pilih siapa kawan.
Waktu yang kita bebas bermain dengan siapa sahaja.
Tidak ada yang nak mencerca,
tidak ada yang nak mengata.
Lelaki mahupun perempuan,
semua sama rata.
Tapi sekarang?
teknologi yang semakin maju banyak merosakkan minda generasi kini.
Tak boleh lagi bebas berkawan,
tak boleh lagi bebas bermain.
Mereka terlalu cepat belajar sesuatu yang tidak seiring dengan umur mereka.
Terlalu cepat tahu apa yang tidak perlu mereka tahu.
Rosak, ya semua sudah rosak.
Dulu rotan, tali pinggang itu biasa.
Penderaan? bukan, aku panggil disiplin.
Sesuatu yang menjadikan aku manusia sekarang.
Menjadikan aku seorang yang sentiasa beringat sebelum melakukan sesuatu.
Sekarang semua tidak sama.
Undang-undang sudah tidak mampu untuk menghukum,
Bahkan Alam pun tak mampu melenturkan rebung yang sudah menjadi buluh.