Berat
Akan hilang bila tiba waktu pulang.
Penat badan?
Akan hilang bila kita berhenti seketika, rehatkan badan.
Penat mental?
Akan hilang bila kita menyatu dengan alam.
Tapi, pelik.
Ada satu rasa yang susah nak hilangkan.
Macam-macam hal cuba dilakukan,
tapi masih kekal.
Degil. Berat.
Ada satu rasa yang susah nak hilangkan.
Macam-macam hal cuba dilakukan,
tapi masih kekal.
Degil. Berat.
Tak berganjak walau sedikit.
Tanggungjawab.
Ya, tanggungjawab.
Beban yang tak terlihat,
tapi penatnya seolah-olah menjalar hingga ke hujung tulang.
Begitu berat sampai tangan pun tak mampu nak angkat.
Bahu seolah-olah jatuh,
ditekan sehingga tak boleh angkat kepala.
Begitu berat.
Cuba untuk tidur,
tapi bila celik mata,
penat itu belum hilang.
Cuba untuk ketawa saat berkumpul,
tapi bila sendiri,
pipi mula basah —
air mata sukar untuk aku seka.
Dada terasa sempit,
seolah-olah dihimpit oleh sesuatu yang sangat berat.
Ruang yang pada awalnya kelihatan luas,
tiba-tiba menjadi semakin kecil.
Seakan-akan dinding di sekeliling bergerak sendiri,
semakin menghimpit.
Entahlah…
perasaan ini sukar untuk digambarkan
Tapi walaupun rasa itu tak pernah hilang,
aku cuba untuk ikhlaskan.
Dan sentiasa pujuk diri.
Kerana aku percaya,
dalam setiap penat yang tak terlihat,
ada nilai yang tidak ternilai.
Ya, tanggungjawab itu berat,
tapi itu tandanya kita masih diperlukan.
Pikullah ia, walau seberat mana pun.