Syukur

Kadang, 
aku malu pada Tuhan. 
Malu juga pada diri sendiri, 
kerana sering terlupa untuk bersyukur. 

Selalu rasa apa yang diinginkan tidak pernah singgah dalam genggaman. 
Tetapi, pernahkah kita fikir bahawa kita sering salah dalam berdoa? 
Silap dalam berkata-kata.
Maksudnya, apa? 

Kita sering memberi tumpuan kepada apa yang kita tidak mahu. 
Selalu fikir,
"Aku tak cukup duit" 
"Aku mungkin tak akan sempat berkahwin" 
dan bermacam hal negatif yang berlegar di kepala. 
Itu tandanya kita belum sepenuhnya percaya pada Tuhan.

Jadi kali ini, 
cuba ubah cara berfikir. 
Katakan pada diri sendiri, 
"InshaAllah, aku cukup duit sampai hujung bulan."

Katakan:
"Aku boleh berjaya"
 
Soal jodoh juga begitu, 
kita sering niatkan dalam hati dengan kata-kata negatif, 
"Aku taknak lelaki yang begitu, aku taknak yang begini"

Kenapa tidak kali ini, kita ubah niat kita kepada sesuatu yang lebih positif? 
Pesan pada bibir untuk sentiasa ucapkan, 
"Aku inginkan jodoh yang baik"

 Tanamkan dalam fikiran, 
"Aku nak"

Minta kepada Allah perkara yang baik. 
Kalau belum dapat apa yang diinginkan, 
jangan mudah mengeluh. 
Jangan pernah hilang rasa percaya.

Aku juga sering terlupa untuk percaya pada Pencipta. 
Seolah-olah ragu dengan pilihan-Nya. 
Sering terlupa untuk bersyukur pada-Nya,
yang sentiasa mencukupkan aku dalam banyak perkara.
 
Jadi, 
aku juga belajar untuk tidak terlalu berlebihan dalam meminta. 
Mungkin apa yang ada sekarang adalah demi kebaikan kita, 
kerana jika kita terlalu berjaya, 
kita mungkin akan lupa.



Popular Posts