Bayang
Kadang-kadang, aku rasa diri aku ni cuma bayang.
Yang bila kita lihat pada cermin,
tanpa rupa, tanpa mata.
Hitam, kosong.
Yang bila kita lihat pada cermin,
tanpa rupa, tanpa mata.
Hitam, kosong.
Aku tak pasti,
adakah aku sedang tersenyum, atau menangis?
Kerana tiada wajah yang memantul,
tiada cahaya yang membisikkan rasa sebenar.
Bayang yang menggantikan topeng.
Menyembunyikan wajah yang sebenar.
Ikut sahaja kemana orang pergi.
Tanpa tahu tujuan, arah.
Ikut sahaja kemana orang pergi.
Tanpa tahu tujuan, arah.
Yang hanya bergerak mengikut arah matahari dan hilang bila tiada cahaya.
Jadi, aku memilih untuk berhenti.
Berhenti menjadi bayang.
Tidak lagi mahu bergerak sekadar mengikut matahari.
Kini, aku memilih menjadi cahaya yang
membina jalanku sendiri.