Takut
Dulu,
apa yang aku paling suka ialah laut.
Setiap kali beriadah,
air terjun, pulau, sungai adalah tempat pilihan.
Selalu berada di tempat pertama untuk berkunjung.
Tiada rasa jemu.
Pulau,
aktiviti snorkeling adalah wajib bagi aku.
Bebas berenang di dalam lautan,
dikelilingi ikan-ikan.
Hidupan laut yang cantik- cantik belaka.
Ciptaan Tuhan semestinya.
Bukan kerana pandangan yang cantik semata,
tapi ada sesuatu yang lebih menarik.
Bunyi,
tiada bunyi yang kedengaran melainkan suara nafasku sendiri.
Tenang sungguh.
Tenang dari suara bingit manusia.
Tapi sekarang,
sekelip mata apa yang aku sukakan dulu adalah apa yang aku paling elakkan.
Masih suka melihat air laut.
Tapi cukup sekadar melihat dari jauh.
Paling tidak pun,
mampu celupkan kaki sahaja untuk melepaskan rindu pada sesuatu yang aku suka dulu.
Mengapa begitu ?
Suara air laut yang dulu menenangkan aku kini melemaskan aku.
Suara nafasku sendiri membuatkan aku panik berada di tengah-tengah lautan.
Takut akan sesuatu yang aku sendiri tidak tahu.
Sungguh aku rindu pada susuk yang dulu.
Yang tidak pernah takut pada sesuatu.
Bebas dan tak pernah memikirkan perkara-perkara yang tidak perlu difikirkan.
Kini,
aku tahu apa punca utamanya.
Ya, TAKUT.
Perasaan takut yang mematikan diri.
Jadi aku mula belajar untuk mencari diri aku yang dulu.
Cuba untuk kembali ke diri aku yang tak pernah mengenal erti takut.
Bebas meneroka.
Kerana aku sedar sesuatu.
Perasaan takut itulah yang sering menarik aku ke belakang saat aku ingin melangkah ke hadapan.