Sedar
Dunia ini sudah tua,
ya seiring dengan usia.
Ada yang merancang dan yang dirancang itu menjadi kenyataan.
Bebas mengejar impian.
Seronok mereka.
Tipulah kalau tidak cemburu.
Tipulah kalau sedikitpun tidak ada rasa iri.
Tapi janganlah kita biarkan rasa cemburu itu memakan diri.
Sedar,
ya sedar diri.
Pujuk diri supaya tak hanya melihat yang berada di atas,
sesekali tunduk lah memandang yang di bawah.
Masih ada yang tidur beralaskan kotak,
masih ada yang bajunya koyak rabak.
Syukur,
itu yang harus kita terapkan.
Walaupun kita rasa kita tidak sebijak anak-anak lain.
Tak berjaya seperti teman seperjuangan,
Jangan sesekali jadikan itu sebagai luka yang kita ciptakan sendiri,
yang akhirnya menjadi duri yang bersembunyi di dalam diri.
Ya,
Tidak mudah untuk menyembuhkan setiap rasa sakit beserta traumanya,
apa yang perlu dilakukan,
hanyalah melewati fasa demi fasa
yang akhirnya menyedarkan kita bahawa rencana Tuhan lebih baik dari rencana kita.