Sakit
Rasa sakit itu fitrah.
Dustalah kalau kita katakan kita tak pernah makan hati.
Pernah juga merasa sakit —
sakit kerana kata-kata manusia yang terlalu sempurna,
Marah kita tiada makna.
Bila kita cuba nak ungkapkan apa yang terbuku,
rapat mereka tutup telinga.
Pernah trauma dengan keadaan,
pernah takut untuk berkawan —
takut dibanding-bandingkan lagi,
takutnya pada pandangan manusia.
Mereka juga manusia,
yang masih jauh dari sempurna.
Mereka tidak diberikan hak untuk mengata.
Tanpa kita sedar,
yang biasa sudah menjadi bisa.
Bahaya.
Jangan pernah menipu diri sendiri.
Cuba sesekali peluk diri.
Tanya hati:
"Betulkah kita sudah sembuh dari sakit hati?"
"Kenapa biarkan ia bersarang dalam diri?"





