Proses

Hidup di dunia ini, 
kita akan faham satu perkara, iaitu belajar. 
Kita bermula dari merangkak, 
perlahan-lahan belajar untuk berjalan, 
dan akhirnya bebas berlari. 
Itulah yang kita panggil sebagai proses kehidupan. 
Kita akan sentiasa belajar untuk bermula dari bawah.

Sepanjang proses itu, 
kita akan menghadapi banyak jatuh bangun yang kadang-kadang meletihkan. 
Sabar, 
tenanglah. 
Ingat satu perkara: 
kita sedang belajar. 
Dalam salah, 
kita perbetulkan. 
Kalau jatuh, 
bangun. 
Jangan takut untuk terus bangkit. 
Jangan mudah jemu mengulangi proses yang sama. 

Kita semua pernah tersalah langkah, 
pernah lari dari tujuan. 
Biasalah. 
Kalau sudah merasa penat, 
itu bermaksud kita telah berjaya untuk sentiasa bangkit setiap kali kita jatuh tersungkur. 
Jadi, 
kalau dulu kita boleh bangun, 
kenapa sekarang kita fikir kita tidak boleh?

Kita pernah menggenggam erat tangan orang sekeliling 
untuk mengingatkan mereka bahawa kita sentiasa ada. 
Kita pernah memeluk erat tubuh mereka untuk membuktikan yang kita sayang.
Jadi, 
kenapa kita tidak pernah memeluk diri sendiri?
Kali ini, 
cubalah sesekali peluk diri sendiri. 
Pegang erat tangan sendiri. 
Bisik pada diri
"Aku boleh."



Popular Posts