Penat
Penat kan bertarung dengan diri sendiri.
Hati fikir lari,
tapi otak minta untuk fikir lagi.
Penat untuk menjadi susuk manusia yang harus sentiasa memahami perasaan orang lain.
Harus sentiasa menjadi yang pertama menjaga hati orang.
Kita?
macam mana dengan hati kita?
Sibuk menguruskan sesuatu sampai lupa diri sendiri.
Pasti ada yang sudah biasa dengan kata-kata cemuhan
dan memilih untuk tutup rapat mulut bila dicemuh.
Takut tersalah kata.
Bila kata-kata yang lama kita telan sampai di satu tahap mulut tak mampu lagi untuk menahan.
Kita luahkan,
keluarkan apa yang terbuku.
Namun pada akhirnya,
kita tetap tidak menang;
Ya, tersungkur lagi ke tanah.
Sentiasa dianggap tidak berperasaan,
dianggap sombong,
angkuh dengan keadaan.
Lalu kita diam-
terpaksa diam.
Mulut kita cuba untuk kunci,
kaki kita cuba halang dari lari.
Mungkin ada yang pernah dimarahi,
kerana berani mengungkapkan apa yang terbuku.
Di diamkan kerana berani mengatakan yang kita kecewa.
Pada akhirnya,
Kita sedar yang kita tak pernah diberi ruang untuk membela diri sendiri
dan kita dituntut untuk terus diam,
memahami serta menerima semuanya.
Sabar,
akan ada waktu dimana suara kita akan didengari.
Hujan tidak akan turun sepanjang masa.
Bumi tidak akan basah sentiasa.
Ada matahari yang berselindung di sebalik awan
dan ada pelangi yang sabar menanti selepas hujan.