Impian
Aku adalah susuk manusia yang kadang cemburu melihat kejayaan orang lain.
Tapi bukan cemburu buta,
cuma terkadang terdetik di dalam hati betapa gembiranya mereka bila impian tercapai.
Ya, impian.
Sesuatu yang aku paling takut untuk jawab jika ditanya.
"Apa impian aku?"
"Apa yang aku suka?"
Dulu, waktu sekolah mesti ada soalan yang terselit,
sungguh aku benci untuk jawab.
'Apa cita-cita mu' .
Macam mana aku nak jawab sedangkan aku sendiri pun tidak tahu jawapannya.
Apa yang aku tulis adalah jawapan yang aku tiru daripada kawan-kawan.
Jawapan yang sering berubah-ubah mengikut tahun.
'Doktor' ,
'Usahawan' ,
'Guru'.
Sesuatu yang tak pernah aku taruh minat.
Entahlah,
kenapa aku memilih untuk meniru.
Susah untuk aku cari tahu apa sebenarnya minatku.
Sedih bila aku mula meningkat dewasa.
Bukan aku sedih kerana sudah tua,
Tapi aku sedih kerana sudah tua,
tetapi aku masih tiada apa-apa.
Tiada sesuatu yang boleh aku sumbangkan.
Ada yang kata,
belajarlah apa yang engkau minat,
nanti kerja kita tak akan rasa penat kerana minat itu sendiri yang akan menghidupkan semangat.
Impian?
Kini,
Aku buang jauh, kerana bagi aku itu bukan lagi keutamaan.
Bukan semua minat boleh aku jadikan sebagai titik utama untuk aku berjaya.
Tiada masa untuk aku mengejar impian dan bahagia dengan apa yang aku buat.
Aku hanya mampu mengejar apa yang aku panggil kewangan.
Itu keutamaan.
Biarlah aku tidak gembira,
biarlah aku tidak suka,
asalkan masih ada sumber untuk berbelanja.
asalkan masih ada sumber untuk berbelanja.
Untuk aku hulur pada ibu bapa.